Hari-hari Hari Raya by Ana Raffali

A Music Company

Hari-hari Hari Raya by Ana Raffali

July 15, 2021 Releases 0

Hari Raya lambat lagi

hatiku terasa rindu

ku terbayang warna-warni

baju kurung dan baju melayu

Aroma enak di dapur

melambai padaku

untukku tambah pada pinggan

berbalang-balang kuih

yang keras aku buat

namun ku tahu kau tetap akan makan

Pre-Chorus:

Paling penting pada Hari Raya

kita tak akan bergaduh

kau simpan egomu

ku simpan egoku

Chorus:

Jika hari-hari Hari Raya

pasti kita akan lebih bahagia

tak perlu marah-marah pada dunia

jika hari-hari Hari Raya

Verse:

Hari Raya belum sampai

dan kita baru saja bergaduh

cukup sukar nak berdamai

memang mudah untuk buat bodoh

Beraneka e-kad raya

melambai padaku

untuk ku tulis dan hantarkan

dan di antaranya ada satu untukmu

kau buatku marah jadi ku batalkan

Pre-chorus:

Hari-hari bukan Hari Raya

Kita asyik bergaduh

kau tayang egomu

ku tayang egoku

Chorus:

Jika hari-hari Hari Raya

pasti kita kan lebih bahagia

tak perlu marah-marah pada dunia

jika hari-hari Hari Raya

Repeat Chorus

Lagu dan Lirik oleh Ana Raffali (© 2009 anaraffali muzik ent.)

Producer: Aidit Alfian

Arrangement: Alfa Booty

Guitars: Aznan Alias

Bass: Kelly

Drums: Ujang

Violin and cello:Rohnie Tan

Backing vocals: Ana Raffali, Aidit Alfian, Fariq Hamdan, Azura Haniza

Sound engineering: Rumie Booty, Romi Ramli

Mix: Rumie Booty

Studios: Kings Musical, Rumie Music Lab

Leave a Reply

Your email address will not be published.